Blog/Corporate Training

Training TikTok Live Selling untuk Pensyarah KPM Seri Iskandar di Le Méridien Putrajaya

Kaio15 Nov 20268 min baca
Coach Kaio bersama pensyarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar selepas workshop TikTok Live Selling di Le Méridien Putrajaya

Pelajar hari ini membesar dengan TikTok. Ramai dah pandai buat video, tapi bila diminta jual produk secara live, tiba-tiba blank. Tak tahu nak mula dengan apa, tak tahu nak cakap apa, dan takut tak ada orang tengok.

Sebab itu sesi ini istimewa. Ini training TikTok Live untuk pensyarah, bukan untuk pelajar. Pensyarah Kolej Profesional MARA (KPM) Seri Iskandar, Perak belajar TikTok Live Selling dari asas supaya mereka boleh bawa ilmu ini terus ke bilik kuliah. Artikel ini rekap apa yang kita buat, apa yang pensyarah hasilkan, dan bagaimana anda boleh guna rangka yang sama di kolej atau team anda.

Kenapa pensyarah KPM Seri Iskandar belajar TikTok Live?

Pensyarah KPM Seri Iskandar belajar TikTok Live supaya mereka boleh mengajar pelajar business dan marketing dengan ilmu yang betul-betul digunakan di pasaran hari ini. Live selling sekarang ialah sebahagian daripada cara orang membeli. Pensyarah yang faham prosesnya dari dalam boleh mengajar dengan lebih yakin dan lebih praktikal.

Sesi ini dijalankan pada 2 Disember 2025 di Le Méridien Putrajaya. Ia disusun sekali jalan dengan lawatan kumpulan pensyarah ke Kuala Lumpur untuk melawat kilang produksi produk. Jadi alang-alang dah datang ke Lembah Klang, mereka ambil peluang untuk satu sesi coaching berkumpulan yang fokus kepada satu skill: menjual secara live.

Sesi workshop TikTok Live Selling untuk pensyarah KPM Seri Iskandar di Le Méridien Putrajaya

Tajuk sesi ialah TikTok Live Selling Fundamentals, untuk educators, trainers dan program content pelajar. Tempohnya empat jam, dan hampir separuh masa digunakan untuk praktikal.

Kenapa TikTok Live sesuai diajar di kolej?

TikTok Live sesuai diajar di kolej sebab modalnya kecil, hasilnya boleh diukur, dan pelajar boleh ulang skill yang sama berkali-kali. Cukup dengan telefon, tripod dan produk sebenar. Ia juga gabungkan banyak subjek dalam satu aktiviti: komunikasi, pemasaran, reka bentuk visual dan kerja berpasukan.

Saya pecahkan kepada tiga sebab dalam slide pembukaan:

  • Growth dan impact: live commerce antara cara jualan digital yang paling cepat berkembang, dan interaksi masa nyata buat pembeli lebih percaya.
  • Accessibility: tak perlu peralatan mahal. Sesuai untuk projek pelajar, program keusahawanan dan jualan koperasi.
  • Education-friendly: mudah diajar oleh pensyarah dan mudah ditiru oleh pelajar, sebab setiap langkah ada struktur.

Coach Kaio mengajar struktur skrip TikTok Live Selling kepada pensyarah KPM

Apa halangan paling besar sebelum mula live?

Halangan paling besar sebelum mula live bukan teknikal, tapi emosi. Bila saya tanya, jawapan pensyarah sama dengan jawapan pelajar: malu, tak berani, dan tak yakin. Ramai juga tak pernah buat live langsung, dan ada yang mengaku diri introvert. Semua ini boleh dikurangkan dengan persediaan yang tersusun.

Coach Kaio tulis halangan TikTok Live malu, tak berani dan tak yakin di flipchart

Prinsip yang saya ulang sepanjang sesi: kalau kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Rasa yakin datang bila anda tahu apa yang anda nak cakap dalam lima saat pertama, dalam minit pertama, dan di hujung live. Jadi kita mula dengan planning, bukan dengan butang Go Live.

Modul 1: Planning framework guna Google Sheets atau Docs

Planning framework ialah lima perkara yang mesti siap sebelum live: produk, persona pembeli, senarai FAQ, jawapan kepada bantahan, dan sepuluh hook. Semua ini ditulis dalam Google Sheets atau Docs supaya mudah dikongsi antara ahli kumpulan dan mudah disemak oleh pensyarah.

  1. Product selection: apa yang nak dijual dan siapa pembelinya. Kena jelas dari awal.
  2. Audience persona: pelajar, ibu bapa atau komuniti tertentu. Faham audience, baru faham cara pendekatan.
  3. FAQ list: sediakan jawapan untuk soalan harga, cara guna, variasi produk dan penghantaran.
  4. Objection handling: jawapan untuk “mahal”, “tak yakin lagi” dan “betul ke bagus?”. Saya ada kongsi pendekatan penuh dalam artikel cara jawab customer kata mahal.
  5. Hooks dan titles: sepuluh hook dan sepuluh tajuk live. Contohnya, “Ramai tak tahu benda ni boleh jimatkan masa…”

Modul 2: Struktur skrip live yang menjual

Struktur skrip live terdiri daripada enam bahagian yang mengalir: hook dalam lima saat, intro 30 saat, product showcase satu minit, demo atau bukti, social proof, dan CTA. Bila setiap ahli tahu bahagian mana giliran mereka, live jadi lancar walaupun semua orang gementar.

Infografik struktur skrip TikTok Live Selling 6 langkah dari hook hingga CTA

Selain struktur, saya tekankan engagement prompt. Ayat seperti “Comment YES kalau nak saya tunjuk demo” atau “Siapa nak harga special, stay sampai hujung” beri penonton sebab untuk kekal dan berinteraksi. Untuk pelajar, prompt ini juga latihan yang baik untuk berfikir dari sudut pembeli.

Modul 3 dan 4: Template Canva dan setup teknikal

Modul visual dan teknikal memastikan live nampak profesional walaupun hanya guna telefon. Untuk visual, pensyarah bina empat template di Canva. Untuk teknikal, kita semak empat perkara: kedudukan telefon dan tripod, pencahayaan, audio, dan setting TikTok sebelum mula.

Empat template Canva yang dibina:

  • Live title card yang menarik perhatian
  • Product highlight card
  • Promo banner, contohnya beli satu percuma satu
  • Testimonial snapshot

Peraturannya mudah: font besar dan jelas, warna kontras, minimal, dan konsisten. Ini contoh title card yang dihasilkan oleh salah satu kumpulan pensyarah untuk produk lip balm mereka.

Template Canva TikTok Live hasil pensyarah KPM untuk produk lip balm Bibir Mungil Manis-Manis

Untuk setup teknikal, telefon diletakkan pada paras mata dengan latar yang bersih. Cahaya mesti datang dari depan muka, bukan dari belakang. Mikrofon dekat dengan mulut, dan audio diuji sebelum mula. Dalam setting TikTok pula, tajuk live mesti ada hook, fungsi Q&A dihidupkan, dan internet disemak.

Setup ring light dan telefon untuk TikTok Live oleh pensyarah dalam sesi praktikal

Modul 5: Live simulation dua minit

Live simulation ialah bahagian paling seronok. Setiap kumpulan buat live selama dua minit guna skrip, talking point dan template Canva yang mereka bina sendiri. Setiap ahli pegang peranan: host, kamera dan assistant. Ini format yang sama yang pelajar akan lalui nanti.

Live simulation TikTok guna telefon dan tripod oleh pensyarah KPM Seri Iskandar

Setiap live dinilai dengan senarai semak yang sama:

  • Hook jelas dan menarik dalam lima saat pertama
  • Delivery dan tenaga yang yakin sepanjang live
  • Template visual digunakan
  • Engagement prompt diselitkan
  • CTA yang kuat di hujung

Yang menarik, kumpulan yang paling lancar bukan yang paling petah bercakap. Kumpulan yang paling lancar ialah yang bahagikan peranan dengan jelas. Seorang fokus kepada harga, seorang fokus kepada benefit, dan masing-masing ulang ayat mereka dengan konsisten. Bila setiap orang tahu tugasnya, live jadi smooth.

Apa kata pensyarah selepas sesi?

Selepas live simulation, setiap pensyarah kongsi refleksi. Tema yang paling kerap keluar: live bukan sekadar sembang, ia perlukan strategi dan talking point. Ada juga yang terus nampak cara bawa teknik ini ke kelas mereka sendiri.

Seorang pensyarah berkongsi bahawa dia asalnya sangka buat live di TikTok sama macam sembang biasa. Selepas sesi, dia sedar live bukan seni semata-mata, tapi perlukan strategi, perlu plan dulu, dan perlu ada talking point supaya tak blur.

Seorang lagi pensyarah, yang memang mengajar topik ini, kata skill dan teknik step by step dari sesi ini boleh terus digunakan untuk mempertingkatkan cara dia mengajar pelajar. Ada juga yang tak pernah buat live langsung, dan kini rasa lebih bersedia untuk menerangkan cara buat skrip bila pelajar bertanya.

Refleksi pensyarah KPM Seri Iskandar selepas training TikTok Live, bahagian pertama

Ada juga pensyarah yang mengaku dirinya introvert, tapi selepas belajar strategi buat skrip, dia rasa kurang gementar. Yang lain tekankan bahawa preparation sangat penting, dan bila setiap ahli kumpulan pegang peranan sendiri, live jadi jauh lebih smooth.

Refleksi pensyarah KPM Seri Iskandar selepas training TikTok Live, bahagian kedua

Do & don’t TikTok Live untuk pelajar dan pensyarah

Sebelum pelajar mula live, pastikan mereka faham peraturan asas platform. Kekal di skrin dan berinteraksi dengan penonton, sediakan internet yang stabil, dan jangan siarkan rakaman sebagai live. Paling penting untuk kolej: TikTok hanya benarkan pengguna berumur 18 tahun ke atas untuk buat LIVE.

Beberapa perkara yang saya tekankan:

  • Do: pastikan muka host sentiasa dalam frame, baca dan jawab komen, dan test audio serta internet sebelum mula.
  • Don’t: siarkan video rakaman sebagai live, tinggalkan live tanpa interaksi, atau paparkan QR code dan maklumat platform luar.

Rujuk garis panduan rasmi TikTok untuk LIVE creator dan panduan keselamatan LIVE TikTok sebelum aktiviti di kolej, sebab peraturan boleh berubah. Untuk pelajar bawah 18 tahun, mereka boleh pegang peranan kamera, assistant atau penulis skrip, manakala host live mesti 18 tahun ke atas.

Bagaimana pensyarah boleh bawa TikTok Live ke dalam kelas?

Pensyarah boleh bawa TikTok Live ke dalam kelas melalui projek berkumpulan yang guna produk sebenar, dengan peranan yang digilirkan dan pertandingan antara kumpulan. Cara ini beri pelajar pengalaman jualan sebenar, kerja berpasukan, dan portfolio yang boleh ditunjukkan kepada bakal majikan.

Infografik cara pensyarah bawa TikTok Live ke dalam kelas dan hasil untuk pelajar

Cadangan implementation yang saya kongsi untuk educators:

  • Projek berkumpulan: setiap kumpulan rancang, skrip dan buat live sendiri.
  • Rotate role: setiap pelajar rasa jadi host, kamera dan assistant.
  • Produk sebenar: guna produk kolej atau koperasi supaya ada jualan sebenar.
  • Pertandingan: contohnya anugerah kumpulan TikTok Live terbaik untuk tambah motivasi.
  • Peluang sebenar: hasil live boleh jadi portfolio dan pengalaman kerja pelajar.

Infografik formula plan, skrip, visual, setup dan live untuk pelajar

Kalau kolej anda pernah ikuti sesi digital marketing untuk usahawan, rangka ini juga selari dengan apa yang saya kongsi dalam sesi digital marketing untuk agropreneur di UiTM Jasin: mula dengan sistem, bukan dengan alat.

Pensyarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar bersama Coach Kaio selepas sesi

Tonton highlight sesi

Video ini merangkum workshop TikTok Live Selling bersama pensyarah KPM Seri Iskandar: planning, struktur skrip, setup, live simulation dan refleksi pensyarah selepas sesi.

Soalan lazim

Apa itu training TikTok Live untuk pensyarah?

Training TikTok Live untuk pensyarah ialah sesi praktikal yang mengajar pensyarah merancang, menulis skrip, menyediakan visual dan menjalankan live selling di TikTok. Matlamatnya supaya pensyarah boleh mengajar skill yang sama kepada pelajar business, marketing dan keusahawanan dengan yakin.

Perlu ke peserta ada pengalaman buat live?

Tidak. Ramai pensyarah KPM Seri Iskandar tak pernah buat live sebelum sesi ini. Sesi dibina langkah demi langkah, dari planning hingga live simulation, supaya peserta keluar dengan pengalaman sebenar, bukan sekadar nota.

Apa peralatan yang diperlukan?

Telefon, tripod, dan sumber cahaya dari depan seperti ring light. Untuk planning, Google Sheets atau Docs. Untuk visual, Canva. Kebanyakan alat ini percuma atau kos rendah, jadi sesuai untuk kolej dan projek pelajar.

Berapa lama sesi ini?

Sesi asal mengambil masa empat jam, termasuk live simulation dua minit untuk setiap kumpulan dan sesi refleksi. Tempoh boleh disesuaikan, contohnya dipanjangkan kepada satu hari jika mahu lebih banyak pusingan praktikal.

Macam mana pensyarah nak ajar TikTok Live kepada pelajar?

Mula dengan projek berkumpulan. Setiap kumpulan pilih produk sebenar, tulis skrip ikut struktur hook hingga CTA, bina template Canva, kemudian buat live simulation dengan peranan host, kamera dan assistant yang digilirkan. Nilai setiap live guna senarai semak yang sama supaya maklum balas adil dan jelas.

Boleh ke pelajar bawah 18 tahun buat TikTok Live?

Tidak. TikTok tetapkan host LIVE mesti berumur 18 tahun ke atas. Pelajar bawah 18 tahun masih boleh terlibat sebagai jurukamera, assistant atau penulis skrip, manakala host dipegang oleh pelajar yang cukup umur. Semak garis panduan rasmi TikTok kerana syarat boleh berubah.

Boleh ke sesi ini dibuat untuk kolej, universiti atau team saya?

Boleh. Saya buat training in-house untuk institusi pendidikan, agensi dan team sales, dan kandungan disesuaikan dengan produk serta peserta anda. Baca juga tentang in-house AI training di Malaysia untuk gambaran format, atau rekap training TikTok untuk sales advisor bagi versi korporat.

Langkah seterusnya

Kalau anda pengurus kolej, ketua jabatan atau ketua team yang mahu pensyarah dan staf menguasai TikTok Live Selling supaya boleh terus mengajar dan mempraktikkannya, jom bincang training in-house untuk organisasi anda: corporatetraining.kaio.com.my

Kaio
Kaio · Khairul Anwar Abdullah

Digital Marketing & AI Strategist dan HRD Corp Accredited Trainer. 13 tahun dalam content creation, dan dalam digital marketing sejak 2015. Pernah uruskan marketing dan pipeline leads dalam industri car dealership, healthcare, bisnes jual produk dan bisnes servis. Kini melatih team marketing dan sales syarikat.

WhatsApp