Dikemas kini: 12 November 2026
Siapa kami
Laman kaio.com.my dikendalikan oleh Kaio Studio & Production Sdn Bhd (1195454-K), Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan tentang privasi, hubungi [email protected].
Maklumat yang dikumpul
- Bila anda hubungi saya melalui WhatsApp atau emel: nama, nombor telefon atau alamat emel, dan isi mesej anda.
- Data teknikal: alamat IP, jenis pelayar dan peranti, yang diproses oleh Cloudflare untuk menghantar laman dan melindunginya daripada serangan.
- Cookies Meta Pixel: laman ni menggunakan Meta Pixel untuk mengukur keberkesanan iklan dan menunjukkan iklan yang berkaitan di Facebook dan Instagram.
- Video YouTube: video hanya dimuatkan bila anda tekan butang main, melalui mod privasi dipertingkat YouTube (youtube-nocookie.com).
- Font: font dimuatkan daripada Google Fonts, yang menerima alamat IP anda semasa memuatkan font.
Laman ni tidak mempunyai borang dan tidak meminta maklumat kad bayaran.
Tujuan penggunaan
- Menjawab pertanyaan dan memberikan maklumat program yang anda minta
- Menambah baik kandungan dan prestasi laman
- Mengukur dan menambah baik iklan
- Menghantar kandungan dan tawaran, hanya kepada mereka yang pernah membeli atau bersetuju menerimanya
Perkongsian maklumat
Saya tidak menjual maklumat peribadi anda. Maklumat hanya diproses oleh penyedia servis yang membantu laman dan perniagaan ini berjalan, iaitu Cloudflare, Meta, Google, WhatsApp dan OnPay, tertakluk kepada dasar privasi masing-masing.
Pembelian di Kaio Academy
Pembelian kursus dan produk di kaioacademy.com diproses melalui OnPay. Jika anda pembeli, saya mungkin menghantar emel berkaitan produk dan kandungan yang berguna. Setiap emel pemasaran mempunyai pautan untuk berhenti melanggan.
Cookies dan iklan
Anda boleh menyekat atau memadam cookies melalui tetapan pelayar anda. Untuk mengawal iklan yang anda lihat di Facebook dan Instagram, gunakan tetapan Ad Preferences dalam akaun Meta anda.
Hak anda di bawah PDPA 2010
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda berhak:
- Meminta akses kepada maklumat peribadi anda yang saya simpan
- Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat
- Menarik balik persetujuan dan berhenti menerima mesej pemasaran
Hantar permintaan ke [email protected]. Untuk berhenti menerima mesej WhatsApp, balas "STOP".
Keselamatan
Laman ni dihantar sepenuhnya melalui HTTPS, dan tidak menyimpan pangkalan data maklumat pelawat.
Perubahan dasar ini
Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh di atas menunjukkan kemas kini terakhir.