Blog/Corporate Training

Kenapa TikTok Penting untuk Sales Advisor Kereta: Rekap Training Perodua Shah Alam

Kaio18 Nov 20268 min baca
Coach Kaio bersama team sales advisor Perodua Shah Alam selepas training TikTok di P10X Academy

Bila sebut TikTok, ramai sales advisor kereta yang lebih berpengalaman terus angkat tangan. “Itu untuk budak muda.” Padahal pembeli kereta hari ni, termasuk yang sebaya mereka, dah pun scroll TikTok setiap malam.

Pada 8 dan 9 April 2026, saya jalankan training TikTok dua hari untuk team sales advisor Perodua Shah Alam, bersama P10X Academy. Artikel ni rekap kenapa TikTok penting untuk sales advisor kereta, apa yang kita ajar, dan bagaimana peserta yang kebanyakannya Gen X ke atas akhirnya buat content dan live sendiri.

Kenapa TikTok penting untuk sales advisor kereta?

Sebab pembeli kereta sekarang kenal sales advisor melalui video dulu, sebelum datang showroom. Mereka buat research sendiri: harga, promosi, kelayakan loan. Sales advisor yang muncul setiap hari dengan jawapan yang jelas akan diingat, dan bila pembeli dah bersedia, nama dia yang mereka hubungi dulu.

Infografik kenapa TikTok penting untuk sales advisor kereta

Ada beberapa sebab lagi yang saya tekankan dalam kelas:

  • Muka anda jadi familiar. Prospek rasa dah kenal anda sebelum jumpa, jadi perbualan pertama lebih mudah.
  • Leads datang sendiri. Komen, DM dan WhatsApp masuk daripada content, bukan hanya walk-in.
  • TikTok Live macam showroom digital. Penonton boleh tanya terus, dan anda jawab masa tu juga.
  • Kosnya rendah. Cukup dengan phone, tripod dan konsisten.
  • Personal brand ikut anda. Pelanggan cari anda sebagai orang yang mereka percaya, bukan sekadar model kereta.

Kalau anda nak tahu saluran lain untuk cari pelanggan, baca juga cara SA kereta cari customer.

Cabaran: majoriti peserta Gen X ke atas

Kebanyakan sales advisor dalam kelas ni dari golongan Gen X ke atas. Mereka mahir menjual dan faham pelanggan, tapi tak berapa biasa dengan digital marketing, apatah lagi TikTok. Jadi kita tak boleh terus lompat ke teknik. Kita mula dari asas, dengan bahasa yang mudah dan banyak praktikal.

Coach Kaio ajar struktur dan planning content TikTok kepada sales advisor

Pada saya, pengalaman mereka ialah kelebihan. Mereka dah tahu soalan yang pelanggan selalu tanya, objection yang biasa timbul, dan cara loan berfungsi. Yang kurang cuma cara tukar ilmu tu jadi content.

Apa yang diajar dalam training 2 hari

Sepanjang dua hari, aliran training kita bergerak dari asas ke praktikal: struktur, planning, skrip, shooting, dan akhirnya TikTok Live. Setiap bahagian diikuti dengan praktikal supaya peserta keluar dengan hasil, bukan sekadar nota.

Infografik aliran training TikTok sales advisor Perodua 2 hari

Struktur, planning dan skrip

Kita mula dengan struktur: siapa audience, apa yang mereka cari, dan apa jenis content yang sesuai untuk sales advisor. Lepas tu planning, iaitu senarai topik daripada soalan pelanggan. Contohnya gaji bawah RM2,000 boleh lepas full loan atau tak, kerja kontrak boleh beli kereta atau tak, dan suami isteri boleh gabung gaji atau tak.

Setiap topik kemudian ditulis jadi skrip ringkas dengan hook di awal dan ajakan yang jelas di hujung.

Modul TikTok Content dan Live Strategies oleh Coach Kaio bersama P10X Academy

Shooting content sendiri

Lepas skrip siap, terus rakam. Peserta guna phone sendiri, tripod dan teleprompter. Ini bahagian yang paling ramai risau, tapi juga bahagian yang paling cepat beri keyakinan. Bila video pertama dah siap, mereka sedar mereka boleh buat.

Sales advisor Perodua praktikal rakam content TikTok

AI untuk content yang lebih banyak dan lebih bagus

Saya juga perkenalkan cara guna AI dalam kerja harian sales advisor. AI bantu cari idea, tulis skrip dan susun caption, jadi content yang dulu ambil masa sejam boleh siap dalam beberapa minit. Hasilnya, content lebih banyak dan lebih konsisten.

Slide guna AI untuk menjana idea dan menghasilkan skrip video TikTok

Sebagai demo, content yang peserta rakam dalam Bahasa Melayu dialih bahasa guna AI ke bahasa lain seperti Arab dan Hindi, dengan suara dan muka yang sama. Tujuannya bukan untuk terus jual dalam bahasa asing, tapi supaya peserta nampak sendiri betapa jauh AI boleh bantu kerja content mereka.

Demo AI alih bahasa content TikTok sales advisor dari Bahasa Melayu ke Arab dan Hindi

Kalau anda nak mula guna AI untuk content, baca panduan cara guna ChatGPT untuk marketing.

Hari 2: TikTok Live yang engaging dan dapat leads

Hari kedua fokus kepada TikTok Live: setup phone, apa nak cakap dalam minit pertama, cara layan komen, dan cara ajak penonton hubungi anda. Matlamatnya jelas. Live bukan sekadar ramai penonton, tapi live yang engaging dan bawa leads.

Setup TikTok Live dengan phone dalam training sales advisor

Setiap peserta cuba live sendiri dalam sesi, termasuk yang paling segan pada awalnya. Bila dah buat sekali dengan bimbingan, live kedua di showroom jadi jauh lebih mudah.

Peserta Gen X buat TikTok Live dalam training Perodua Shah Alam

Umur bukan halangan

Pengajaran paling besar daripada sesi ni: umur bukan halangan untuk TikTok. Yang penting, ada sistem yang jelas dan konsisten buat. Sales advisor Gen X sebenarnya ada kelebihan pengalaman dan kepercayaan. Bila digabung dengan struktur yang betul dan bantuan AI, content mereka boleh jadi sangat meyakinkan.

Untuk rekap training yang sama di dealer lain, baca TikTok marketing dengan AI untuk sales advisor Honda Elmina dan kursus TikTok Live untuk salesman kereta di Honda Weststar.

Tonton highlight training

Video ini merangkum training TikTok untuk sales advisor Perodua Shah Alam: kenapa TikTok penting, cabaran peserta Gen X, struktur dan skrip, demo AI, dan sesi TikTok Live.

Soalan lazim

Kenapa TikTok penting untuk sales advisor kereta?

Sebab pembeli kereta buat research melalui video sebelum datang showroom. Sales advisor yang konsisten muncul di TikTok jadi familiar, dapat leads melalui komen dan DM, dan boleh jawab soalan pembeli secara langsung melalui live.

Sales advisor yang dah berumur boleh ke buat TikTok?

Boleh. Majoriti peserta training ni Gen X ke atas, dan mereka berjaya buat content dan live sendiri. Pengalaman menjual dan kefahaman tentang pelanggan ialah kelebihan besar. Yang diperlukan cuma struktur yang jelas dan latihan praktikal.

Apa content TikTok yang sesuai untuk sales advisor kereta?

Content yang jawab soalan pelanggan. Contohnya kelayakan loan untuk gaji rendah, kerja kontrak, gabung gaji suami isteri, promosi semasa, dan beza antara model. Satu soalan, satu video, dengan hook yang jelas di awal.

Macam mana AI bantu sales advisor buat content?

AI bantu cari idea daripada soalan pelanggan, tulis skrip ringkas, dan sediakan caption. Ia juga boleh alih bahasa content ke bahasa lain. Sales advisor tetap perlu faham produk dan muncul depan kamera, tapi persediaan jadi jauh lebih cepat.

Boleh ke dapat leads daripada TikTok Live?

Boleh, kalau live ada tujuan. Kongsi promosi atau topik loan, layan komen secara aktif, dan beri ajakan yang jelas supaya penonton hubungi anda melalui WhatsApp atau DM.

Siapa P10X Academy?

P10X Academy ialah penyedia latihan berdaftar HRD Corp di Bandar Sunway, Subang Jaya. Training ni dijalankan bersama P10X Academy, di premis mereka.

Langkah seterusnya

Kalau anda pengurus showroom atau ketua team sales yang nak sales advisor, termasuk yang lebih senior, mula buat content TikTok dan live yang bawa leads, jom bincang training in-house untuk team anda: corporatetraining.kaio.com.my

Kaio
Kaio · Khairul Anwar Abdullah

Digital Marketing & AI Strategist dan HRD Corp Accredited Trainer. 13 tahun dalam content creation, dan dalam digital marketing sejak 2015. Pernah uruskan marketing dan pipeline leads dalam industri car dealership, healthcare, bisnes jual produk dan bisnes servis. Kini melatih team marketing dan sales syarikat.

WhatsApp