Blog/Corporate Training

TikTok Marketing dengan AI untuk Sales Advisor: Rekap Kursus 2 Hari di Honda Elmina

Kaio16 Nov 20268 min baca
Kursus TikTok marketing dengan AI untuk team sales advisor Honda Elmina bersama Coach Kaio

Ramai sales advisor kereta tahu TikTok boleh bawa pelanggan. Tapi bila nak mula, soalan yang sama muncul. Nak buat video apa? Nak cakap apa? Bila nak buat, kalau showroom tengah sibuk?

Artikel ni rekap kursus TikTok marketing dengan AI untuk sales advisor yang saya jalankan untuk team Honda Elmina di Subang pada Oktober 2025. Dua hari, dari content sampai live, dan apa yang berlaku hampir setahun selepas tu.

Kenapa sales advisor perlu TikTok marketing dengan AI?

Sebab pembeli kereta sekarang kenal sales advisor melalui video sebelum mereka datang showroom. Sales advisor yang konsisten muncul di TikTok lebih mudah dihubungi. Masalahnya, content perlukan idea, skrip dan editing, dan semua tu makan masa. AI memendekkan kerja tu supaya sales advisor boleh fokus pada apa yang mereka paling pandai: bercakap dengan pelanggan.

Masalah yang peserta bawa masuk kelas

Masalah mereka biasa, dan saya dengar hampir di setiap showroom. Tak ada idea. Tak tahu nak cakap apa depan kamera. Tak ada masa. Dan tak tahu macam mana content dan live boleh betul-betul bawa leads, bukan sekadar views.

Infografik masalah sales advisor buat TikTok dan apa yang diajar dalam kursus

Seorang peserta kongsi dengan jujur dalam testimoni dia. Masalah paling besar, kadang ada masa tapi tak ada idea, kadang ada idea tapi editing ambil masa terlalu lama. Hujungnya, banyak content tertangguh.

Hari 1: TikTok content, dari fundamental sampai editing

Hari pertama fokus kepada content. Kita mula dengan fundamental TikTok, kemudian asas teknik rakaman video, cara tulis skrip, dan video editing. Setiap peserta praktikal sendiri, jadi hujung hari setiap orang dah ada video yang mereka buat sendiri.

Coach Kaio ajar asas teknik rakaman video TikTok kepada sales advisor

Shooting dan skrip yang ringkas

Video yang baik untuk sales advisor tak perlu fancy. Satu topik, satu mesej, dan hook yang jelas di tiga saat pertama. Idea paling mudah datang daripada soalan pelanggan setiap hari: promosi bulan ni, beza dua model, jimat minyak, atau langkah beli kereta pertama.

Coach Kaio bimbing sales advisor Honda buat content TikTok dalam kelas

Hasil praktikal hari pertama

Ini antara content yang peserta hasilkan. Ada yang terangkan kelebihan Honda Civic, ada yang kongsi model jimat minyak, ada yang buat panduan beli kereta pertama. Semua dirakam dan disunting sendiri.

Content TikTok hasil praktikal sales advisor Honda Elmina

AI sepanjang dua hari

Sepanjang dua hari, saya banyak dedahkan cara guna AI untuk TikTok marketing. AI bantu cari idea, tulis skrip, dan buat caption. Bila bahagian ni jadi laju, halangan “tak ada masa” dan “tak tahu nak cakap apa” jadi jauh lebih kecil.

Slide tulis skrip TikTok guna AI ChatGPT dalam kursus sales advisor

Peserta juga belajar shortcut editing supaya video siap lebih cepat. Seorang peserta ringkaskan dengan mudah: benda tu jadi mudah bila guna CapCut dan AI tools. Kalau anda nak mula sendiri, baca panduan cara guna ChatGPT untuk marketing.

Hari 2: TikTok Live, dan leads masa sesi

Hari kedua fokus kepada TikTok Live. Setup phone dan tripod, cara buka live, apa nak cakap, dan cara layan komen. Semua peserta live sendiri dalam sesi, dan masa sesi live tu juga, dah ada yang dapat leads.

Coach Kaio demo TikTok Live kepada team sales advisor Honda Elmina

Masa sesi tu, satu bilik meriah. Setiap orang dengan phone dan tripod masing-masing, kongsi promosi semasa, model yang ada, dan jawab soalan penonton secara langsung.

Sales advisor Honda live TikTok kongsi promosi semasa dalam sesi praktikal

Praktikal TikTok Live oleh sales advisor dalam kursus

Infografik aliran kursus TikTok dengan AI untuk sales advisor 2 hari

Hampir setahun kemudian

Lepas training, kena buat je. Kursus hanya bagi ilmu dan sistem. Yang menentukan hasil ialah konsisten.

Dah hampir setahun sejak kursus ni. Sampai hari ni, masih ada peserta yang konsisten buat live dan content. Bagi saya, itu bukti paling jujur. Kalau tak ada hasil, takkan mereka teruskan.

Apa kata peserta

Testimoni peserta kursus TikTok sales advisor Honda Elmina

Seorang sales advisor cerita, dulu content TikTok dia memang sendu dan live pun kosong sebab tak ada strategi. Selepas training, live dia jadi lebih padu dan lebih engaging. Seorang lagi kata kursus ni eye opening, sebab dia belajar buat content yang lebih teratur, dengan hook dan storytelling.

Untuk rekap kursus yang sama di dealer lain, baca kursus TikTok Live untuk salesman kereta di Honda Weststar dan training TikTok untuk sales advisor Jaecoo.

Tonton highlight kursus

Video ini merangkum kursus TikTok marketing dengan AI untuk sales advisor Honda Elmina: masalah peserta, hari content, AI untuk skrip dan caption, sesi TikTok Live, dan apa kata peserta.

Soalan lazim

Apa itu kursus TikTok marketing dengan AI untuk sales advisor?

Kursus praktikal dua hari yang mengajar sales advisor buat content TikTok dan TikTok Live untuk dapat leads, dengan AI sebagai pembantu untuk cari idea, tulis skrip dan buat caption. Hari pertama fokus content, hari kedua fokus live.

Macam mana AI bantu sales advisor buat TikTok?

AI memendekkan kerja yang paling makan masa. Ia bantu cari idea daripada soalan pelanggan, tulis skrip ringkas dengan hook, dan sediakan caption. Sales advisor tetap perlu muncul depan kamera dan faham produk, tapi persediaan jadi jauh lebih cepat.

Boleh ke dapat leads daripada TikTok Live?

Boleh. Dalam kursus di Honda Elmina, ada peserta yang dapat leads masa sesi live praktikal itu sendiri. Kuncinya ialah live yang ada tujuan: kongsi promosi semasa, terangkan model, dan ajak penonton hubungi untuk maklumat lanjut.

Saya segan depan kamera. Sesuai ke kursus ni?

Sesuai. Kebanyakan peserta mula dengan rasa yang sama. Rasa segan biasanya datang daripada tak tahu nak cakap apa. Bila ada skrip ringkas dan struktur live yang jelas, rasa tu berkurang dengan cepat, terutama selepas praktikal dalam kelas.

Berapa lama nak nampak hasil?

Bergantung pada konsisten. Ada yang dapat leads masa sesi live pertama. Yang konsisten buat content dan live selepas kursus, sampai hampir setahun kemudian, ialah yang terus nampak hasil.

Boleh buat kursus ni untuk team sales saya?

Boleh. Saya jalankan kursus TikTok dan AI secara in-house untuk team sales automotif dan industri lain, termasuk sesi praktikal content dan live. Info lanjut di bahagian Langkah seterusnya.

Langkah seterusnya

Kalau anda pengurus showroom atau ketua team sales yang nak sales advisor hasilkan content TikTok sendiri, guna AI untuk lajukan kerja, dan buat live yang bawa leads, jom bincang training in-house untuk team anda: corporatetraining.kaio.com.my

Kaio
Kaio · Khairul Anwar Abdullah

Digital Marketing & AI Strategist dan HRD Corp Accredited Trainer. 13 tahun dalam content creation, dan dalam digital marketing sejak 2015. Pernah uruskan marketing dan pipeline leads dalam industri car dealership, healthcare, bisnes jual produk dan bisnes servis. Kini melatih team marketing dan sales syarikat.

WhatsApp